Monday, February 22, 2010

PERBEZAAN REMAJA ISLAM MALAYSIA & PALESTIN

Bukan setahun dua tetapi pencerobohan haram yahudi ke atas tanah orang Islam Palestin sejak 1948 telah mengubah secara keseluruhan landskap negara berdaulat yang disemai dengan kasih sayang serta menyimpan pelbagai nostalgia silam kini terdedah kezaliman dan penindasan yang berterusan. Sudah sekian lama tidak kelihatan ketenangan dan kedamaian tetapi dipenuhi dengan tangisan dan darah.

Malaysia, antara negara yang majoriti besar adalah umat yang beragama Islam yang semakin hari semakin peka dengan isu kemanusiaan di Palestin kerana dasar akidah dan tanggungjawab sebagai saudara seislam.

Walau apapun yang diperkatakan tiada yang dapat menafikan tunjang kebangkitan dan kekuatan kedua-dua negara ini adalah para remaja dan belia yang akan menjadi pelapis, pelindung dan penerus amanah dakwah dan kepemimpinan negara. Mereka inilah yang akan meneruskan kepemimpinan mahupun perjuangan menentang kezaliman yang menjadi lubuk serangan pihak musuh.

Berbicara mengenai remaja dan belia ini, umum mengetahui hampir lebih separuh dari populari Malaysia adalah para remaja dan belia ini yang meletakkan Malaysia sebagai negara yang cukup hebat dari segi simpanan aset remaja dan pemuda yang diidam-idamkan kerana potensi yang ada pada diri mereka ini.

Jika Bayi di Malaysia dihina dengan dibuang di dalam tong sampah dalam keadaan masih merah bertali pusat, bayi di palestin pula disanjung akibat syahid ditembak oleh tentera zionis

Pelajar-pelajar di Malaysia melepak di pasaraya membeli-belah dengan aktiviti merugikan diri agama dan negara, tetapi pelajar-pelajar di Palestin sana mendesak, mendesak tentera yahudi untuk berundur. Mereka relakan diri belajar dibawah muncung senapang kerana ilmu mereka akan gunakan untuk berjuang pada kemudian hari.

Semangat remaja-remaja Malaysia adalah berhibur, gembira dalam keseronokan pergaulan bebas, zina, rokok, arak dan disko. Semangat di Palestin adalah bertempur dengan semangat jihad kerana Allah. Mereka bertempur dengan lastik dan batu berhadapan senjata-senjata berteknologi tinggi dan kereta kebal.

Kematian di Malaysia kerana pecah kepala atau hancur tubuh akibat lumba haram juga jenayah dan gengsterisme tetapi kemalangan menghasilkan maut di Palestin adalah kerana di Bom dalam serangan menghancurkan akidah umat Islam.

Di Malaysia pendedahan aurat kerana inginkan kebebasan, keseronokan didampingi agar dilihat lelaki bukan mahram tetapi di sana dalam keadaan perang dan darurat mereka menjaga aurat dengan cukup tegas.


Jika diteruskan pasti tidak akan berhenti perbezaan yang boleh dinukilkan kerana terlalu banyak bezanya, kadang-kadang tidak layak untuk dibandingkan kerana kemuliaan dan kehinaan cukup jauh taraf dan martabatnya.Maka bersama-samalah kita berusaha agar lembah kehinaan yang semakin dalam ini dalpat ditimbusi dengan pemantapan akidah, pemahaman islam secara total agar berlaku hijrah dari lembah kehinaan ke puncak kemuliaan, tidak lain tidak bukan dengan taqwa..AMIN



Ps:Bumi Palestin bumi yang diberkati. Banyak-banyaklah berdoa akan kesejahteraan
mereka.

*THANK to PUTRI SHA.

0 comments:

Black & White the colour for our Life ~ © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates