Monday, June 14, 2010

ALAM GHAIB

Pernah dengar perkataan HANTU??Wujudkah hantu ini atau hanya cerita rekaan semata-mata yang dibawa dari turun-temurun??Di Asia Tenggara ini,pasti kita sebagai muslim nak-nak lagi kaum MELAYU memang tak lari dari..perkatan JIN/SYAITAN/IBLIS.




HANTU pada pendapat saya,mugkin adalah jenis-jenis jin kerana hantu tidak dinyatakan di dalam AL-QURAN.Kita memang percaya mistik dan alam ghaib sebab dunia jin sememangnya ada,bahkan Allah telah menciptakan jin terlebih dahulu sebelum menciptakan Adam dan merupakan penghuni pertama ke atas muka bumi,dikatakan lebih banyak golongan mereka dibanding semua manusia dimuka bumi ini.....CLICK SINI(baca selengkapnya mengenai jin)


` Riwayat al- Baihaqi daripada Tsa'labah al-Khasyani, sabda Rasulullah s.a.w :

"Jin itu terdiri atas tiga jenis bentuk; satu jenis (spertiga) yang mempunyai sayap. Mereka terbang di udara. Satu jenis lagi (sepertiga lainnya) berupa ular dan anjing. Sedang satu jenis lagi (atau sepertiga lainnya lagi) adalah jin yang menempati (suatu tempat) dan berjalan (seperti manusia)"


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Di Malaysia dan Indonesia,terdapat beberapa jenis hantu yang popular antaranya Puntianak/Kuntilanak,Pocong,Toyol,..CLICK SINI(klik untuk melihat jenis-jenis hantu dalam hikayat Abdullah)
Sesetengah Ustaz boleh menyembuhkan pesakit(yang dirasuk) dan bercakap dengan golongan mereka(jin),tetapi tidak semua Ustaz,hanya
ustaz yang tinggi ilmu agamanya sahaja yang boleh mengubati penyakit misteri seperti ini.Kadang-kala khidmat bomoh juga sering digunakan dalam pekara mistik seperti ini.
Apapun,Kita sememangnya kena mempercayai pada kewujudan iblis dan jin,tetapi janganlah terlalu taksub sampai memduakan tuhan dan terjadinya syirik.
Sesungguhnya manusia adalah sebaik-baik ciptaan...wallahualam.



Aku tak tau video ni betul ke tak,hanya nak tunjuk sahaja tengoklah :-

video


p/s : Pada sesiapa yang berani saja...yang tak berani tak digalakkan...hihi :D

Wednesday, June 9, 2010

BirdS Of ParaDise

Burung Dari Syurga/Kayangan,The Golden Pheonix atau nama popularnya..Cenderawasih,
dikatakan tidak pernah menjejeki tanah dan hanya hidup di kayangan.Ianya turut diceritakan hanya memakan embun awan serta tinggal di awangan dan hanya turun ke bumi bila hendak mati sahaja,tidak hairanlah ada yang masih ramai lagi yang taksub terhadap kepercayaan tahyul bahawa burung cenderawasih ini mampu menarik kekayaan serta membawa tuah.


~Hikayat Burung Cenderawasih~

Sahibul hikayat telah diriwayatkan dalam Kitab Tajul Muluk, mengisahkan seekor burung yang bergelar burung cenderawasih. Adapun asal usulnya bermula dari kayangan. Menurut kebanyakan orang lama yang arif mengatakan ianya berasal dari syurga dan selalu berdamping dengan para wali.

Memiliki kepala seperti kuning keemasan. Dengan empat sayap yang tiada taranya. Akan kelihatan sangat jelas sekiranya bersayap penuh adanya. Sesuatu yang sangat nyata perbezaannya adalah dua antena atau ekor 'areil' yang panjang di ekor belakang. Barangsiapa yang melihatnya pastilah terpegun dan takjub akan keindahan dan kepelikan burung cenderawasih.

Amatlah jarang sekali orang memiliki burung cenderawasih. Ini kerana burung ini bukanlah berasal dari bumi ini. Umum mengetahui bahawa burung Cenderawasih ini hanya dimiliki oleh kaum kerabat istana sahaja. Hatta mengikut sejarah, kebanyakan kerabat-kerabat istana Melayu mempunyai burung cenderawasih. Di utara semenanjung Malaysia, yang paling ketara sekali ialah Negeri Kedah. Lihatlah kebanyakan kedai-kedai di seluruh negeri ini baik orang Melayu, China dan India mempunyai gambar Sultan Abdul Hamid. Sekira diperhatikan betul-betul pada gambar itu terdapat bulu burung cenderawasih di tengkolok baginda. Keseluruhan peniaga yang ditemui mengatakan ia membawa tuah yang hebat.

Syahdan dinyatakan lagi dalam beberapa kitab Melayu lama, sekiranya burung cenderawasih turun ke bumi nescaya akan berakhirlah hayatnya. Dalam kata lain burung cenderawasih akan mati sekiranya menjejak kaki ke bumi. Namun yang pelik lagi ajaibnya, burung cenderawasih ini tidak reput seperti bangkai binatang yang lain. Ini kerana ia dikatakan hanya makan embun syurga sebagai makanannya. Malahan ia mengeluarkan bau atau wangian yang sukar untuk diperkatakan. Burung cenderawasih mati dalam pelbagai keadaan. Ada yang mati dalam keadaan terbang, ada yang mati dalam keadaan istirahat dan ada yang mati dalam keadaan tidur.

Walau bagaimanapun, Melayu Antique telah menjalankan kajian secara rapi untuk menerima hakikat sebenar mengenai BURUNG CENDERAWASIH ini. Mengikut kajian saintifik yang dijalankan, burung ini lebih terkenal dikalangan penduduk nusantara dengan panggilan Burung Cenderawasih. Bagi kalangan masyarakat China pula, burung ini dipanggil sebagai Burung Phoenix yang banyak dikaitkan dengan kalangan kerabat istana Maharaja China. Bagi kalangan penduduk Eropah, burung ini lebih terkenal dengan panggilan 'Bird of Paradise'. Secara faktanya, asal usul burung ini gagal ditemui atau dikesan sehingga sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya berasal dari alam nyata ini. Namun satu lagi fakta yang perlu diterima, burung cenderawasih turun ke bumi hanya di IRIAN JAYA, Indonesia sahaja. Tetapi yang pelik namun satu kebenaran burung ini hanya turun seekor sahaja dalam tempoh tujuh tahun. Dan ianya turun untuk mati. Sesiapa yang menjumpainya adalah satu tuah. Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasih yang anda saksikan mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atau sebagainya. Kebanyakkannya sudah beberapa generasi yang mewarisi burung ini.

Telah dinyatakan dalam kitab Tajul Muluk bahawa burung cenderawasih mempunyai pelbagai kelebihan. Seluruh badannya daripada dalam isi perut sehinggalah bulunya mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannya digunakan untuk perubatan. Namun ramai yang memburunya kerana 'tuahnya'. Burung cenderawasih digunakan sebagai 'pelaris'. Samaada pelaris diri atau perniagaan. Sekiranya seseorang memiliki bulu burung cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris. Mengikut ramai orang yang ditemui memakainya sebagai pelaris menyatakan, bulu burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling besar. Hanya orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Jadi,tidak hairan lah ada golongan kenamaan dan kerabat diraja yang sanggup menawarkan jutaan ringgit bagi mendapatkan seekor burung itu yang diseludup masuk dari Irian Jaya, Indonesia.

Hal ini terjadi berikutan ramai pengamal perubatan tradisional dan individu yang berpegang kuat pada amalan mistik yakin bahawa burung ini hanya makan embun syurga malah ia didakwa mengeluarkan wangian yang sukar digambarkan.Dikatakan lagi setiap inci badan burung ini termasuk isi perut dan bulunya mempunyai khasiat misteri dan kebanyakannya digunakan untuk perubatan, paling dicari adalah bulu cenderawasih yang yang dianggap pelaris paling besar.

Terdapat 43 jenis spesies cenderawasih yang dibezakan daripada beberapa ciri seperti warna bulu dan saiznya. Kebanyakan burung jenis ini berhabitat di kawasan hutan tropika dan banyak ditemui di Australia Timur, Irian Jaya, Papua New Guinea dan Kepulauan Maluku.Mungkin ini adalah jenis-jenisnya:





Cenderawasih hidup dan mati seperti burung biasa. Mungkin cenderawasih yang dijual kononnya sebagai objek misteri tidak reput kerana ia sudah diawetkan terlebih dahulu.Tetapi,yang pastinya burung ini lebih gemar berada di atas pokok menyebabkan dia dianggap sebagai burung keramat dari syurga dengan cerita palsu kononnya burung ini tidak pernah memijak tanah.Walaubagaimanapun,menyeludup dan memiliki burung cenderawasih adalah satu kesalahan dan boleh didakwa mengikut Seksyen 68, Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (pindaan 1988) yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tiga tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.













Ini pula sedikit rakaman gelagat burung ini :





p/s : Tapi kecantikan burung ini bukanlah `Indah khabar dari Rupa` sememangnya layak diberi nama Birds of Paradise :)

Tuesday, June 8, 2010

Mimpi Ular

Mimpi Ular
Dalam tahun ni dah bnyak kali aku bermimpi pasal ular,semalam dan hari ni jugak hum,dalam mimpi tersebut ular tu ada yang besar,dan ada yang kecil pada hari-hari lainnya,tetapi tidak pula megejar,mengigit atau mematuk.Jadi,disebabkan rasa gelisah aku mencari serba sedikit info tentang mimpi tersebut....

* menurut Islam:
~ Mendengar Bunyi Kulit Ular: bermakna menjauhkan diri dari musuh yang menyembunyikan permusuhan dan berusaha untuk mengalahkannya. Jika bermimpi dibelit dan dipatuk ular alamatnya akan beristeri dan jika perempuan akan lekas bersuami.

* menurut Barat:
~ Ular: Bermimpi ular bermakna kejahatan aneka ragam. Kalau anda membunuh ular, anda akan mengalahkan musuh anda. Cara bagaimana anda memegang ular menunjukkan bagaimana anda boleh menangani musuh anda. Kalau anda menginjak ular, anda akan menakutkan penyakit, dan menakutkan seorang (atau sesuatu) lain yang mencuba memikat pasangan anda.
~ Dipatuk ular: Dipatuk ular bermakna musuh yang melawan anda atau mengkritikkan anda.
~ Terpijak di atas ular: Terpijak ular bermakna anda selalunya menakutkan penyakit.
~ Banyak ular kecil: Ular kecil melambangkan kawan yang rupanya ramah tamah tetapi sebenarnya tidak berbaik-baik.

--------
Mimpi Ular
* menurut Timur.
Jika anda seorang jejaka atau seorang gadis bermimpi melihat atau dipagut (digigit) ular, bermakna akan segera mendapatkan pasangan atau jodoh. Dan bila anda telah menikah bermimpi demikian, bermakna akan memperoleh kemakmuran hidup. Mimpi melihat ular kecil dengan tiba-tiba berubah menjadi naga, bermakna akan ada orang besar yang menolong anda. Melihat ular berwarna-warni, bersirat kebahagiaan segera terbayang pada anda. Mimpi melihat ular yang banyak sekali, bermakna akan panjang umur. Mimpi dikelilingi banyak ular, bermakna firasat akan banyak orang yang memusuhi anda.

-------
Binatang Yang Merayap (Ular)

Reptil merupakan mimpi yang memiliki simbol tersulit, pasalnya jenis binatang ini memiliki bermacam arti dalam berbagai budaya. Secara garis bersar, binatang ini disimbolkan sebagai pembawa ketakutan, kebijaksanaan atau kedamaian. Pilihan ini diambil dari berbagai literatur sejarah dan cerita rakyat dari berbagai kebudayaan berbeda, demikian juga pengalaman pribadi turut berperan serta di dalamnya.

Dalam keadaan terjaga, ketakutan terhadap ular merupakan hal wajar. Untuk beberapa orang, ketakutan ini sangat mengganggu dan jadi phobia. Bahkan dalam berbagai foto, ular sering digambarkan sebagai ancaman yang menakutkan. Bagi orang-orang yang memiliki ketakutan pada ular, mengimpikan binatang ini pastilah jadi sebuah mimpi paling buruk.

Jika seseorang bermimpi sedang mengendalikan ular, siapapun yang menjinakannya obyek menakutkan ini, dilambangkan sebagai sumber kebijaksanaan dan pengontrol dalam dunia mimpi, bisa juga mewakili beberapa aspek dari diri sendiri atau orang lain yang mereka kenal.

Dalam beberapa budaya di Asia dan penduduk asli Amerika, ular merupakan lambang kebijaksanaan dan mungkin juga mempunyai unsur sihir atau jin. Ide tentang kebijaksanaan ini diambil dari kemampuan ular untuk berganti kulit dan memperbaiki diri. Jika seseorang bermimpi tentang ular, dilihat dari perspektif ini, dapat diartikan sedang memulai sesuatu yang baru, masalah yang terpecahkan dan secara umum merupakan kabar baik.

Kesimpulannya, bermimpi tentang ular dapat memiliki erti lebih mendalam. Semua tergantung pada emosi yang menyertai saat Anda mengimpikannya: Apakah rasa takut, hormat, atau berlawanan? Bagaimana reaksi Anda terhadap ular: Biasa, sangat takut atau sangat dekat? Apakah ular itu muncul dalam mimpi saat Anda sendiri atau sedang bersama orang lain? Apa yang Anda rasakan tentang orang lain yang bersama Anda itu?



Di sebelah kiri ada links tentang tafsir mimpi-mimpi yang lain,tapi ingatlah mimpi yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t,yang buruk pula datang dari syaitan.









p/s: kalau bertemu jodoh tu bagus jugak...hehe (^~^)

Wednesday, June 2, 2010

FoR GaZA

Kita hanya mampu berdoa..marilah berdoa untuk keselamatan penduduk gaza di bumi palestin dari kekejaman rejim Israel..













....AMIN.


Black & White the colour for our Life ~ © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates