Wednesday, June 9, 2010

BirdS Of ParaDise

Burung Dari Syurga/Kayangan,The Golden Pheonix atau nama popularnya..Cenderawasih,
dikatakan tidak pernah menjejeki tanah dan hanya hidup di kayangan.Ianya turut diceritakan hanya memakan embun awan serta tinggal di awangan dan hanya turun ke bumi bila hendak mati sahaja,tidak hairanlah ada yang masih ramai lagi yang taksub terhadap kepercayaan tahyul bahawa burung cenderawasih ini mampu menarik kekayaan serta membawa tuah.


~Hikayat Burung Cenderawasih~

Sahibul hikayat telah diriwayatkan dalam Kitab Tajul Muluk, mengisahkan seekor burung yang bergelar burung cenderawasih. Adapun asal usulnya bermula dari kayangan. Menurut kebanyakan orang lama yang arif mengatakan ianya berasal dari syurga dan selalu berdamping dengan para wali.

Memiliki kepala seperti kuning keemasan. Dengan empat sayap yang tiada taranya. Akan kelihatan sangat jelas sekiranya bersayap penuh adanya. Sesuatu yang sangat nyata perbezaannya adalah dua antena atau ekor 'areil' yang panjang di ekor belakang. Barangsiapa yang melihatnya pastilah terpegun dan takjub akan keindahan dan kepelikan burung cenderawasih.

Amatlah jarang sekali orang memiliki burung cenderawasih. Ini kerana burung ini bukanlah berasal dari bumi ini. Umum mengetahui bahawa burung Cenderawasih ini hanya dimiliki oleh kaum kerabat istana sahaja. Hatta mengikut sejarah, kebanyakan kerabat-kerabat istana Melayu mempunyai burung cenderawasih. Di utara semenanjung Malaysia, yang paling ketara sekali ialah Negeri Kedah. Lihatlah kebanyakan kedai-kedai di seluruh negeri ini baik orang Melayu, China dan India mempunyai gambar Sultan Abdul Hamid. Sekira diperhatikan betul-betul pada gambar itu terdapat bulu burung cenderawasih di tengkolok baginda. Keseluruhan peniaga yang ditemui mengatakan ia membawa tuah yang hebat.

Syahdan dinyatakan lagi dalam beberapa kitab Melayu lama, sekiranya burung cenderawasih turun ke bumi nescaya akan berakhirlah hayatnya. Dalam kata lain burung cenderawasih akan mati sekiranya menjejak kaki ke bumi. Namun yang pelik lagi ajaibnya, burung cenderawasih ini tidak reput seperti bangkai binatang yang lain. Ini kerana ia dikatakan hanya makan embun syurga sebagai makanannya. Malahan ia mengeluarkan bau atau wangian yang sukar untuk diperkatakan. Burung cenderawasih mati dalam pelbagai keadaan. Ada yang mati dalam keadaan terbang, ada yang mati dalam keadaan istirahat dan ada yang mati dalam keadaan tidur.

Walau bagaimanapun, Melayu Antique telah menjalankan kajian secara rapi untuk menerima hakikat sebenar mengenai BURUNG CENDERAWASIH ini. Mengikut kajian saintifik yang dijalankan, burung ini lebih terkenal dikalangan penduduk nusantara dengan panggilan Burung Cenderawasih. Bagi kalangan masyarakat China pula, burung ini dipanggil sebagai Burung Phoenix yang banyak dikaitkan dengan kalangan kerabat istana Maharaja China. Bagi kalangan penduduk Eropah, burung ini lebih terkenal dengan panggilan 'Bird of Paradise'. Secara faktanya, asal usul burung ini gagal ditemui atau dikesan sehingga sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya berasal dari alam nyata ini. Namun satu lagi fakta yang perlu diterima, burung cenderawasih turun ke bumi hanya di IRIAN JAYA, Indonesia sahaja. Tetapi yang pelik namun satu kebenaran burung ini hanya turun seekor sahaja dalam tempoh tujuh tahun. Dan ianya turun untuk mati. Sesiapa yang menjumpainya adalah satu tuah. Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasih yang anda saksikan mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atau sebagainya. Kebanyakkannya sudah beberapa generasi yang mewarisi burung ini.

Telah dinyatakan dalam kitab Tajul Muluk bahawa burung cenderawasih mempunyai pelbagai kelebihan. Seluruh badannya daripada dalam isi perut sehinggalah bulunya mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannya digunakan untuk perubatan. Namun ramai yang memburunya kerana 'tuahnya'. Burung cenderawasih digunakan sebagai 'pelaris'. Samaada pelaris diri atau perniagaan. Sekiranya seseorang memiliki bulu burung cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris. Mengikut ramai orang yang ditemui memakainya sebagai pelaris menyatakan, bulu burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling besar. Hanya orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Jadi,tidak hairan lah ada golongan kenamaan dan kerabat diraja yang sanggup menawarkan jutaan ringgit bagi mendapatkan seekor burung itu yang diseludup masuk dari Irian Jaya, Indonesia.

Hal ini terjadi berikutan ramai pengamal perubatan tradisional dan individu yang berpegang kuat pada amalan mistik yakin bahawa burung ini hanya makan embun syurga malah ia didakwa mengeluarkan wangian yang sukar digambarkan.Dikatakan lagi setiap inci badan burung ini termasuk isi perut dan bulunya mempunyai khasiat misteri dan kebanyakannya digunakan untuk perubatan, paling dicari adalah bulu cenderawasih yang yang dianggap pelaris paling besar.

Terdapat 43 jenis spesies cenderawasih yang dibezakan daripada beberapa ciri seperti warna bulu dan saiznya. Kebanyakan burung jenis ini berhabitat di kawasan hutan tropika dan banyak ditemui di Australia Timur, Irian Jaya, Papua New Guinea dan Kepulauan Maluku.Mungkin ini adalah jenis-jenisnya:





Cenderawasih hidup dan mati seperti burung biasa. Mungkin cenderawasih yang dijual kononnya sebagai objek misteri tidak reput kerana ia sudah diawetkan terlebih dahulu.Tetapi,yang pastinya burung ini lebih gemar berada di atas pokok menyebabkan dia dianggap sebagai burung keramat dari syurga dengan cerita palsu kononnya burung ini tidak pernah memijak tanah.Walaubagaimanapun,menyeludup dan memiliki burung cenderawasih adalah satu kesalahan dan boleh didakwa mengikut Seksyen 68, Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (pindaan 1988) yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tiga tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.













Ini pula sedikit rakaman gelagat burung ini :





p/s : Tapi kecantikan burung ini bukanlah `Indah khabar dari Rupa` sememangnya layak diberi nama Birds of Paradise :)

1 comments:

mentega kacang said...

Thank bro. .:). .sya buat yg termampu saja.

Black & White the colour for our Life ~ © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates