Tuesday, August 31, 2010

MENGETAHUI CIRI-CIRI KETULINAN KASUT BERJENAMA ANDA

* Pastikan tiada lebihan atau cebisan berbentuk segitiga kecil ataupun bentuk lain di kawasan label tumit bahagian berjenama “adidas@nike@asics@reebok dan lain-lain” (di bahagian belakang, bukan di tapak kasut). Potongan label ini perlu licin dan kemas tanpa kualiti benang jahitan yang tertetas.

* Pada ruangan “lidah kasut”, terdapat nombor siri. Jadi sepasang kasut berjenama perlu ada 2 nombor siri yang berbeza untuk bahagian kaki kiri dan kaki kanan (bukan nombor sama atau berpadanan).

* Jahitan pada kasut berjenama yang tulen lebih teliti dan tiada lebihan uraian benang ataupun “gam @ pelekat”.

* Semak kod bar di ruangan “lidah kasut” yang mempunyai imej piksel atau DataMatrix 2D(jenama yang ada kod bar sahaja). Jika mempunyai kod bar versi jalur(lurus), ia tidak asli.Contoh original~












p/s : cara yang paling senang korang ambil lighter..cuba bakar kulit kasut anda,jika tiada kesan bermakna kulit original(kepada yang yakin sahaja)hehehe..

SELAMAT HARI MERDEKA!!!

Asalamualaikum................hehehe tahun ni dah 53tahun merdeka rasa sekejap je,harap apa yang dijuangkan oleh nenek moyang kita akan kekal selamanya tak kira bangsa kaum atau agama,selamat merdekakan diri anda juga,MERDEKA!!!!!!!! :D




Monday, August 9, 2010

TANGISAN BERDARAH

Hello ^-^,lama tak update...hehe,pernah lihat orang menangis??rasanya semua orang pernah tengok dan mengalaminya sendiri kan,tapi pernah tak kita menangis air mata yang mengeluarkan air mata darah....??

Biasanya kita selalu dengar orang berkata dialog seperti ini " KAU MENAGISLAH AIR MATA DARAH SEKALI PUN,DIA TETAP TAKKAN HIDUP KEMBALI"huhu bermakna ayat ni.....

ok mari kita lihat dua wanita ni:


1)Rashida Khatoon.


Wanita ini dianggap sebagai keramat di India selepas sejumlah penduduk melihat dia mengeluarkan air mata darah, lapor sebuah akhbar tempatan India.

Beberapa doktor di daerah Patna berasa hairan dengan keadaan Rashida dan belum mengetahui punca menyebabkan dia menangis air mata darah beberapa kali dalam sehari.

Namun, beberapa penduduk tempatan menganggap keadaan diri Rashida sebagai satu keajaiban.

Sejumlah penduduk berduyun-duyun mengunjungi rumahnya dengan memberikan Rashida dan keluarganya hadiah.

"Saya tidak pernah berasa sakit apabila ia berlaku (menangis) tetapi terkejut kerana melihat darah dan bukannya air," kata Rashida.

2)Twinkle Dwived


Gadis berusia 14 tahun dari india ini dengan spontan boleh menangis air mata darah.Bukan hanya menangis air mata darah malah ia juga mengeluarkan darah melalui telinga, hidung,telapak kaki dan juga kepala.Pelik memang pelik.Inilah kuasa Allah s.w.t.Apa yang DikehendakiNya pasti akan terjadi.

Doktor dari amerika telah datang ke India untuk memastikan penyakit yang dialami oleh Twinkle Dwivedi ini. Kebanyakan doktor yang telah berpengalaman juga terkejut dengan kejadian ini yang disifatkan pertama dalam dunia.

Kesian juga pada remaja ini kerana kebanyakan sekolah telah menolak dia untuk menghadiri sesi persekolahan kerana situasi yang dialaminya sekarang.Malah dia juga tidak boleh mengawal bila pendarahan akan berlaku....tapi dengan kehadiran budak ini di dunialah yang menjadikan ungkapan AIR MATA DARAH itu realiti.

Sedikit video mengenai budak ini..


P/S: SELAMAT BERPUASA PADA SEMUA MUSLIM :)
Black & White the colour for our Life ~ © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates