Monday, August 9, 2010

TANGISAN BERDARAH

Hello ^-^,lama tak update...hehe,pernah lihat orang menangis??rasanya semua orang pernah tengok dan mengalaminya sendiri kan,tapi pernah tak kita menangis air mata yang mengeluarkan air mata darah....??

Biasanya kita selalu dengar orang berkata dialog seperti ini " KAU MENAGISLAH AIR MATA DARAH SEKALI PUN,DIA TETAP TAKKAN HIDUP KEMBALI"huhu bermakna ayat ni.....

ok mari kita lihat dua wanita ni:


1)Rashida Khatoon.


Wanita ini dianggap sebagai keramat di India selepas sejumlah penduduk melihat dia mengeluarkan air mata darah, lapor sebuah akhbar tempatan India.

Beberapa doktor di daerah Patna berasa hairan dengan keadaan Rashida dan belum mengetahui punca menyebabkan dia menangis air mata darah beberapa kali dalam sehari.

Namun, beberapa penduduk tempatan menganggap keadaan diri Rashida sebagai satu keajaiban.

Sejumlah penduduk berduyun-duyun mengunjungi rumahnya dengan memberikan Rashida dan keluarganya hadiah.

"Saya tidak pernah berasa sakit apabila ia berlaku (menangis) tetapi terkejut kerana melihat darah dan bukannya air," kata Rashida.

2)Twinkle Dwived


Gadis berusia 14 tahun dari india ini dengan spontan boleh menangis air mata darah.Bukan hanya menangis air mata darah malah ia juga mengeluarkan darah melalui telinga, hidung,telapak kaki dan juga kepala.Pelik memang pelik.Inilah kuasa Allah s.w.t.Apa yang DikehendakiNya pasti akan terjadi.

Doktor dari amerika telah datang ke India untuk memastikan penyakit yang dialami oleh Twinkle Dwivedi ini. Kebanyakan doktor yang telah berpengalaman juga terkejut dengan kejadian ini yang disifatkan pertama dalam dunia.

Kesian juga pada remaja ini kerana kebanyakan sekolah telah menolak dia untuk menghadiri sesi persekolahan kerana situasi yang dialaminya sekarang.Malah dia juga tidak boleh mengawal bila pendarahan akan berlaku....tapi dengan kehadiran budak ini di dunialah yang menjadikan ungkapan AIR MATA DARAH itu realiti.

Sedikit video mengenai budak ini..


P/S: SELAMAT BERPUASA PADA SEMUA MUSLIM :)

0 comments:

Black & White the colour for our Life ~ © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates