Tuesday, August 31, 2010

MENGETAHUI CIRI-CIRI KETULINAN KASUT BERJENAMA ANDA

* Pastikan tiada lebihan atau cebisan berbentuk segitiga kecil ataupun bentuk lain di kawasan label tumit bahagian berjenama “adidas@nike@asics@reebok dan lain-lain” (di bahagian belakang, bukan di tapak kasut). Potongan label ini perlu licin dan kemas tanpa kualiti benang jahitan yang tertetas.

* Pada ruangan “lidah kasut”, terdapat nombor siri. Jadi sepasang kasut berjenama perlu ada 2 nombor siri yang berbeza untuk bahagian kaki kiri dan kaki kanan (bukan nombor sama atau berpadanan).

* Jahitan pada kasut berjenama yang tulen lebih teliti dan tiada lebihan uraian benang ataupun “gam @ pelekat”.

* Semak kod bar di ruangan “lidah kasut” yang mempunyai imej piksel atau DataMatrix 2D(jenama yang ada kod bar sahaja). Jika mempunyai kod bar versi jalur(lurus), ia tidak asli.Contoh original~












p/s : cara yang paling senang korang ambil lighter..cuba bakar kulit kasut anda,jika tiada kesan bermakna kulit original(kepada yang yakin sahaja)hehehe..

SELAMAT HARI MERDEKA!!!

Asalamualaikum................hehehe tahun ni dah 53tahun merdeka rasa sekejap je,harap apa yang dijuangkan oleh nenek moyang kita akan kekal selamanya tak kira bangsa kaum atau agama,selamat merdekakan diri anda juga,MERDEKA!!!!!!!! :D




Monday, August 9, 2010

TANGISAN BERDARAH

Hello ^-^,lama tak update...hehe,pernah lihat orang menangis??rasanya semua orang pernah tengok dan mengalaminya sendiri kan,tapi pernah tak kita menangis air mata yang mengeluarkan air mata darah....??

Biasanya kita selalu dengar orang berkata dialog seperti ini " KAU MENAGISLAH AIR MATA DARAH SEKALI PUN,DIA TETAP TAKKAN HIDUP KEMBALI"huhu bermakna ayat ni.....

ok mari kita lihat dua wanita ni:


1)Rashida Khatoon.


Wanita ini dianggap sebagai keramat di India selepas sejumlah penduduk melihat dia mengeluarkan air mata darah, lapor sebuah akhbar tempatan India.

Beberapa doktor di daerah Patna berasa hairan dengan keadaan Rashida dan belum mengetahui punca menyebabkan dia menangis air mata darah beberapa kali dalam sehari.

Namun, beberapa penduduk tempatan menganggap keadaan diri Rashida sebagai satu keajaiban.

Sejumlah penduduk berduyun-duyun mengunjungi rumahnya dengan memberikan Rashida dan keluarganya hadiah.

"Saya tidak pernah berasa sakit apabila ia berlaku (menangis) tetapi terkejut kerana melihat darah dan bukannya air," kata Rashida.

2)Twinkle Dwived


Gadis berusia 14 tahun dari india ini dengan spontan boleh menangis air mata darah.Bukan hanya menangis air mata darah malah ia juga mengeluarkan darah melalui telinga, hidung,telapak kaki dan juga kepala.Pelik memang pelik.Inilah kuasa Allah s.w.t.Apa yang DikehendakiNya pasti akan terjadi.

Doktor dari amerika telah datang ke India untuk memastikan penyakit yang dialami oleh Twinkle Dwivedi ini. Kebanyakan doktor yang telah berpengalaman juga terkejut dengan kejadian ini yang disifatkan pertama dalam dunia.

Kesian juga pada remaja ini kerana kebanyakan sekolah telah menolak dia untuk menghadiri sesi persekolahan kerana situasi yang dialaminya sekarang.Malah dia juga tidak boleh mengawal bila pendarahan akan berlaku....tapi dengan kehadiran budak ini di dunialah yang menjadikan ungkapan AIR MATA DARAH itu realiti.

Sedikit video mengenai budak ini..


P/S: SELAMAT BERPUASA PADA SEMUA MUSLIM :)

Saturday, July 17, 2010

GERBANG NERAKA DUNIA

Setelah 39 tahun berlalu,api ini masih tetap membara...Penduduk setempat menamakan THE DOOR TO HELL
Pintu ini berada di Turkmenistan,Uzbekistan di Asia Tengah. Pintu yang di panggil neraka dunia atau GERBANG NERAKA atau Darvaza.




Tepatnya di sisi
Timur Laut Kaspia. Darvaza ini bukanlah fenomena alam, namun lebih kepada hasil
perbuatan manusia (man-made)
Khabarnya lubang ini mempunyai gas yang berbahaya serta beracun dan mempunyai bau yang sangat kuat,tak ada yang berani masuk ke dalam lubang tersebut pada masa itu karana bau gas yang terlalu kuat.Sekitar 39 tahun lampau beberapa ahli Uni Soviet menyalakan api untuk membakar gas-gas yang ada di lubang tersebut kerana beranggapan akan berbahaya kepada manusia,malangnya api dari lubang tersebut masih menyala hingga ke hari ini.

Kawasan Laut Kaspia atau Danau Kapiskoye More (laut ini
sebenarnya adalah danau terbesar di Bumi) terkenal dengan kekayaan kandungan
hidrokarbon.Bahgian selatannya menjadi
tempat hidrokarbon terbesar milik Iran.
Dikatakan ada 16,5 milyar tan hidrokarbon baik dalam bentuk minyak maupun
gas yang terpendam di kawasan ini.

Mengapa AS datang ke Afghanistan dan kemudian disusuli ke Irak dan kini juga sedang
bersiap melanjutkan petualangannya ke Iran, selain mendirikan pangkalan tentera
Asia Tengah ?Mungkin salah satu tujuannya untuk "menguasai" cadangan
hidorkarbon yang melimpah di sekitar Laut Kaspia ini..









P/S : Tapi memang satu fenomena pelik dan unik,kerana apinya masih menyala sampai sekarang dan tak pernah terpadam...

Saksikan video ni~
>

Saturday, July 10, 2010

MAKAN JIRAN SENDIRI

OK..bulan ni aku jumpa cerita yang aku sendiri seram sejuk membaca dan melihatnya,tapi memang tak puas hati kalau tak bagi kongsi ketakutan dengan kamu semua hahaha!!Pada mereka yang slalu usha kat blog ni,aku tau blog ni bukan blog jiwang sebab aku tak pandai aku tetap ucap terima kasih.......enjoy it!!


APA NI??????

Nampak macam daging korban je kan??hehe...memeng ya pun daging korban tapi korban manusia selaku jiran pemangsa~Alexander Novikov .

Pada saat penahanannya di apartemen paroval dari pejabat Wilayah untuk kehilangkan penduduk Makeevki Donetsk daerah Eduard Shutov,dia mengatakan bahawa tidak pernah memakan daging manusia.Tetapi pada pagi hari tanggal 18 Disember, mahasiswa dari kota Makeevka Donbass menjumpai kaki manusia dalam lubang saluran najis dan ternampak keadaan mayat yang amat mengerikan kerana tiada isi di bahagian badan mangsa berhampiran St Re- Pin berdekatan dengan rumah pemangsa.








Saksi terus berlari kepada orang ramai yang berada berdekatan tempat kejadian itu dan menceritakan kepada mereka agar melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Inilah orang yang memakan jirannya sendiriALEXENDER NOVIKOV~

Ini pula lauk yang dimasaknya dengan menggunakan daging jirannya...



P/S : Aku dah cakap memang ada spesis camni wujud.

Friday, July 9, 2010

MEMAKAN DAGING MANUSIA

Seorang Perempuan yang berstatus isteri dari negara Filipina didapati telah membunuh ramai orang dan menyimpan daging mereka dalam peti aisnya, Dia sangat menikmati dan memakan daging manusia tersebut. Dia berkata bahawa dia telah banyak membuat pesta untuk saudara dan teman-temannya.

Dia memberikan mereka daging manusia tersebut untuk dimakan tanpa sepengetahuan mereka. Teman-temannya mengatakan bahwa daging yang dimasak wanita tersebut sangatlah enak tapi mereka tidak tahu daging apakah itu. beberapa dari teman-temannya tidaklah tahu bahwa mereka akan menjadi target wanita itu selanjutnya.

Yang mengejutkan adalah wanita tersebut mengaku telah membunuh suaminya juga dan memakan dagingnya. Tapi kegiatan wanita tersebut telah diketahui oleh pihak yang berkuasa.



p/S : Spesis kanibal wujud sebanarnya...Takut gak...............Wehh!!

Thursday, July 8, 2010

RAHSIA KESIHATAN

Badan kesihatan dunia (WHO) mengemukakan kalau penduduk Okinawa Jepun bukan saja tercatat sebagai orang-orang yang berumur panjang,tetapi juga mempunyai kesihatan yang sangat baik.Bentuk fizikal yang tetap bertahan sampai usia tua.Pada usia 75 tahun, mereka masih sanggup berjalan kaki walaupun jauh dan berlayar di laut sehari penuh untuk menangkap ikan.

Setelah dikaji, ada beberapa ciri-ciri sihat yang selama ini mereka amalkan dalam kehidupan seharian meraka. Baik yang berhubungan dengan fizikal,lingkungan umur,serta pola pemakanan seharian.


Mari kita lihat :


Berperut Rata.
Hampir 70% lelaki dan perempuan mengalami diabetes ianya juga mengganggu kesihatan tubuh contohnya,penyakit kencing manis,darah tinggi dan sakit jantung.Menurut National Institute of Aging, perempuan berperut besar berisiko meninggal dunia lebih cepat dibandingan dengan yang berperut rata. Sebabnya, lemak yang ada di bahagian tengah dapat mengganggu kerja jantung,dan organ-organ dalam tubuh lainnya.

Untuk perempuan, dianjurkan agar lingkar pinggangnya tidak lebih dari 80cm. Jika ternyata lebih dari angka itu, terapkanlah langkah berikut :

Bersenam,2-3 kali seminggu,masing-masing selama 20 menit.Strenght training pula bermafaat untuk membentuk otot dan mempercepat metabolisme sehingga lemak lebih mudah terbakar.

Setiap hari,makanlah makanan yang mengandung Omega-3, misalnya ikan salmon, kacang soya, dan flaxseed. Omega-3 tergolong antioksidan yang sangat berguna untuk mengurangi peradangan akibat radikal yang bebas.

Hobi makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Kebanyakan orang Jepun makan sayur sebanyak 3 kali dalam sehari. Yaitu, makan pagi, siang, dan malam. Para ahli menganjurkan kita untuk menambah 2 porsi lagi, agar vitamin dan serat semakin sempurna. Menurut American Dietetic Association, konsumsi serat yang dianjurkan setiap hari adalah 25-35 gram per hari. Pilihlah serat dengan antioksidan seperti buaha-buahan dan sayuran hijau.

Menjauhi minuman bersoda(air tin).
Penelitian di Boston, Amerika Serikat, membuktikan minum satu tin atau lebih minuman bersoda dapat menyebabkan gangguan metabolisme. Orang dengan gangguan metabolisme, selalunya akan menderita tekanan darah tinggi, lemak bertompok, serta risiko stress, gangguan jantung, dan diabetes ini kerana kandungan glukosa yang sangat banyak terdapat dalam minuman tersebut.

Menghindari minuman bersoda dan menghentikan kebiasaan merokok akan memanjangkan umur hidup kita sampai 9-5 tahun. Penelitian juga menyebutkan, dalam minuman bersoda terdapat bahan pewarna yang akan membuat kita ketagihan. Alternatif sihatnya adalah minum teh tanpa gula, minima satu atau dua kali sehari.

Memiliki sahabat baik.
Selain diciptakan sebagai mahluk individu, manusia juga ditakdirkan sebagai mahluk bersosial boleh tapi ada batasnya. Ertinya, kita memmerlukan orang lain untuk bisa sihat dan bahagia. "Hubungan antara individu yang baik adalah ubat automatik pada perasaan stress yang tinggi," jelas Micah Sadigh, PhD., profesor psikolog Cedar Crest College.

Mental dan fizik akan lebih sihat kalau kita punya teman yang selalu menyokong dan memahami. Menurut Sandigh, stress berkepanjangan dapat melemahkan sistem daya tahan tubuh dan membuat sel-sel lebih cepat tua. Akhirnya, umur jadi 4-8 tahun lebih pendek. Tidak semua orang bisa kita jadikan sahabat. "Sahabat yang baik adalah orang yang menerima kita apa adanya dan kita tidak takut dihakimi atau dikritik berlebihan olehnya," kata Sadigh.

Tidur tanpa mendengkur.
Mendengkur adalah gejala utama Obstructive Sleep Apnea (OSA). OSA terjadi karena saluran pernafasan terhalang oleh jaringan lunak. Menurut National Institute of Health di Amerika, OSA bisa menyebabkan tekanan darah tinggi, obesiti, dan depressi.

Penelitian oleh University of Michigan membuktikan, orang yang tak pernah mengalami OSA, memiliki harapan hidup 3 kali lebih panjang dibandingkan dengan penderita OSA. Jadi, jika tidur mendengkur sudah sangat mengganggu bukan? Segeralah minta pertolongan doktor untuk permasalahan ini.


So orang jepun memang mempunyai cara permakanan yang sihat BAGAIMANA PULA ORANG KITA????

Kita boleh mengubahnya dengan tips-tips di atas....

P/S : Diet yang melampau juga boleh menimbulkan masalah....;)

Monday, June 14, 2010

ALAM GHAIB

Pernah dengar perkataan HANTU??Wujudkah hantu ini atau hanya cerita rekaan semata-mata yang dibawa dari turun-temurun??Di Asia Tenggara ini,pasti kita sebagai muslim nak-nak lagi kaum MELAYU memang tak lari dari..perkatan JIN/SYAITAN/IBLIS.




HANTU pada pendapat saya,mugkin adalah jenis-jenis jin kerana hantu tidak dinyatakan di dalam AL-QURAN.Kita memang percaya mistik dan alam ghaib sebab dunia jin sememangnya ada,bahkan Allah telah menciptakan jin terlebih dahulu sebelum menciptakan Adam dan merupakan penghuni pertama ke atas muka bumi,dikatakan lebih banyak golongan mereka dibanding semua manusia dimuka bumi ini.....CLICK SINI(baca selengkapnya mengenai jin)


` Riwayat al- Baihaqi daripada Tsa'labah al-Khasyani, sabda Rasulullah s.a.w :

"Jin itu terdiri atas tiga jenis bentuk; satu jenis (spertiga) yang mempunyai sayap. Mereka terbang di udara. Satu jenis lagi (sepertiga lainnya) berupa ular dan anjing. Sedang satu jenis lagi (atau sepertiga lainnya lagi) adalah jin yang menempati (suatu tempat) dan berjalan (seperti manusia)"


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Di Malaysia dan Indonesia,terdapat beberapa jenis hantu yang popular antaranya Puntianak/Kuntilanak,Pocong,Toyol,..CLICK SINI(klik untuk melihat jenis-jenis hantu dalam hikayat Abdullah)
Sesetengah Ustaz boleh menyembuhkan pesakit(yang dirasuk) dan bercakap dengan golongan mereka(jin),tetapi tidak semua Ustaz,hanya
ustaz yang tinggi ilmu agamanya sahaja yang boleh mengubati penyakit misteri seperti ini.Kadang-kala khidmat bomoh juga sering digunakan dalam pekara mistik seperti ini.
Apapun,Kita sememangnya kena mempercayai pada kewujudan iblis dan jin,tetapi janganlah terlalu taksub sampai memduakan tuhan dan terjadinya syirik.
Sesungguhnya manusia adalah sebaik-baik ciptaan...wallahualam.



Aku tak tau video ni betul ke tak,hanya nak tunjuk sahaja tengoklah :-

video


p/s : Pada sesiapa yang berani saja...yang tak berani tak digalakkan...hihi :D

Wednesday, June 9, 2010

BirdS Of ParaDise

Burung Dari Syurga/Kayangan,The Golden Pheonix atau nama popularnya..Cenderawasih,
dikatakan tidak pernah menjejeki tanah dan hanya hidup di kayangan.Ianya turut diceritakan hanya memakan embun awan serta tinggal di awangan dan hanya turun ke bumi bila hendak mati sahaja,tidak hairanlah ada yang masih ramai lagi yang taksub terhadap kepercayaan tahyul bahawa burung cenderawasih ini mampu menarik kekayaan serta membawa tuah.


~Hikayat Burung Cenderawasih~

Sahibul hikayat telah diriwayatkan dalam Kitab Tajul Muluk, mengisahkan seekor burung yang bergelar burung cenderawasih. Adapun asal usulnya bermula dari kayangan. Menurut kebanyakan orang lama yang arif mengatakan ianya berasal dari syurga dan selalu berdamping dengan para wali.

Memiliki kepala seperti kuning keemasan. Dengan empat sayap yang tiada taranya. Akan kelihatan sangat jelas sekiranya bersayap penuh adanya. Sesuatu yang sangat nyata perbezaannya adalah dua antena atau ekor 'areil' yang panjang di ekor belakang. Barangsiapa yang melihatnya pastilah terpegun dan takjub akan keindahan dan kepelikan burung cenderawasih.

Amatlah jarang sekali orang memiliki burung cenderawasih. Ini kerana burung ini bukanlah berasal dari bumi ini. Umum mengetahui bahawa burung Cenderawasih ini hanya dimiliki oleh kaum kerabat istana sahaja. Hatta mengikut sejarah, kebanyakan kerabat-kerabat istana Melayu mempunyai burung cenderawasih. Di utara semenanjung Malaysia, yang paling ketara sekali ialah Negeri Kedah. Lihatlah kebanyakan kedai-kedai di seluruh negeri ini baik orang Melayu, China dan India mempunyai gambar Sultan Abdul Hamid. Sekira diperhatikan betul-betul pada gambar itu terdapat bulu burung cenderawasih di tengkolok baginda. Keseluruhan peniaga yang ditemui mengatakan ia membawa tuah yang hebat.

Syahdan dinyatakan lagi dalam beberapa kitab Melayu lama, sekiranya burung cenderawasih turun ke bumi nescaya akan berakhirlah hayatnya. Dalam kata lain burung cenderawasih akan mati sekiranya menjejak kaki ke bumi. Namun yang pelik lagi ajaibnya, burung cenderawasih ini tidak reput seperti bangkai binatang yang lain. Ini kerana ia dikatakan hanya makan embun syurga sebagai makanannya. Malahan ia mengeluarkan bau atau wangian yang sukar untuk diperkatakan. Burung cenderawasih mati dalam pelbagai keadaan. Ada yang mati dalam keadaan terbang, ada yang mati dalam keadaan istirahat dan ada yang mati dalam keadaan tidur.

Walau bagaimanapun, Melayu Antique telah menjalankan kajian secara rapi untuk menerima hakikat sebenar mengenai BURUNG CENDERAWASIH ini. Mengikut kajian saintifik yang dijalankan, burung ini lebih terkenal dikalangan penduduk nusantara dengan panggilan Burung Cenderawasih. Bagi kalangan masyarakat China pula, burung ini dipanggil sebagai Burung Phoenix yang banyak dikaitkan dengan kalangan kerabat istana Maharaja China. Bagi kalangan penduduk Eropah, burung ini lebih terkenal dengan panggilan 'Bird of Paradise'. Secara faktanya, asal usul burung ini gagal ditemui atau dikesan sehingga sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya berasal dari alam nyata ini. Namun satu lagi fakta yang perlu diterima, burung cenderawasih turun ke bumi hanya di IRIAN JAYA, Indonesia sahaja. Tetapi yang pelik namun satu kebenaran burung ini hanya turun seekor sahaja dalam tempoh tujuh tahun. Dan ianya turun untuk mati. Sesiapa yang menjumpainya adalah satu tuah. Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasih yang anda saksikan mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atau sebagainya. Kebanyakkannya sudah beberapa generasi yang mewarisi burung ini.

Telah dinyatakan dalam kitab Tajul Muluk bahawa burung cenderawasih mempunyai pelbagai kelebihan. Seluruh badannya daripada dalam isi perut sehinggalah bulunya mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannya digunakan untuk perubatan. Namun ramai yang memburunya kerana 'tuahnya'. Burung cenderawasih digunakan sebagai 'pelaris'. Samaada pelaris diri atau perniagaan. Sekiranya seseorang memiliki bulu burung cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris. Mengikut ramai orang yang ditemui memakainya sebagai pelaris menyatakan, bulu burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling besar. Hanya orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Jadi,tidak hairan lah ada golongan kenamaan dan kerabat diraja yang sanggup menawarkan jutaan ringgit bagi mendapatkan seekor burung itu yang diseludup masuk dari Irian Jaya, Indonesia.

Hal ini terjadi berikutan ramai pengamal perubatan tradisional dan individu yang berpegang kuat pada amalan mistik yakin bahawa burung ini hanya makan embun syurga malah ia didakwa mengeluarkan wangian yang sukar digambarkan.Dikatakan lagi setiap inci badan burung ini termasuk isi perut dan bulunya mempunyai khasiat misteri dan kebanyakannya digunakan untuk perubatan, paling dicari adalah bulu cenderawasih yang yang dianggap pelaris paling besar.

Terdapat 43 jenis spesies cenderawasih yang dibezakan daripada beberapa ciri seperti warna bulu dan saiznya. Kebanyakan burung jenis ini berhabitat di kawasan hutan tropika dan banyak ditemui di Australia Timur, Irian Jaya, Papua New Guinea dan Kepulauan Maluku.Mungkin ini adalah jenis-jenisnya:





Cenderawasih hidup dan mati seperti burung biasa. Mungkin cenderawasih yang dijual kononnya sebagai objek misteri tidak reput kerana ia sudah diawetkan terlebih dahulu.Tetapi,yang pastinya burung ini lebih gemar berada di atas pokok menyebabkan dia dianggap sebagai burung keramat dari syurga dengan cerita palsu kononnya burung ini tidak pernah memijak tanah.Walaubagaimanapun,menyeludup dan memiliki burung cenderawasih adalah satu kesalahan dan boleh didakwa mengikut Seksyen 68, Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (pindaan 1988) yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tiga tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.













Ini pula sedikit rakaman gelagat burung ini :





p/s : Tapi kecantikan burung ini bukanlah `Indah khabar dari Rupa` sememangnya layak diberi nama Birds of Paradise :)

Tuesday, June 8, 2010

Mimpi Ular

Mimpi Ular
Dalam tahun ni dah bnyak kali aku bermimpi pasal ular,semalam dan hari ni jugak hum,dalam mimpi tersebut ular tu ada yang besar,dan ada yang kecil pada hari-hari lainnya,tetapi tidak pula megejar,mengigit atau mematuk.Jadi,disebabkan rasa gelisah aku mencari serba sedikit info tentang mimpi tersebut....

* menurut Islam:
~ Mendengar Bunyi Kulit Ular: bermakna menjauhkan diri dari musuh yang menyembunyikan permusuhan dan berusaha untuk mengalahkannya. Jika bermimpi dibelit dan dipatuk ular alamatnya akan beristeri dan jika perempuan akan lekas bersuami.

* menurut Barat:
~ Ular: Bermimpi ular bermakna kejahatan aneka ragam. Kalau anda membunuh ular, anda akan mengalahkan musuh anda. Cara bagaimana anda memegang ular menunjukkan bagaimana anda boleh menangani musuh anda. Kalau anda menginjak ular, anda akan menakutkan penyakit, dan menakutkan seorang (atau sesuatu) lain yang mencuba memikat pasangan anda.
~ Dipatuk ular: Dipatuk ular bermakna musuh yang melawan anda atau mengkritikkan anda.
~ Terpijak di atas ular: Terpijak ular bermakna anda selalunya menakutkan penyakit.
~ Banyak ular kecil: Ular kecil melambangkan kawan yang rupanya ramah tamah tetapi sebenarnya tidak berbaik-baik.

--------
Mimpi Ular
* menurut Timur.
Jika anda seorang jejaka atau seorang gadis bermimpi melihat atau dipagut (digigit) ular, bermakna akan segera mendapatkan pasangan atau jodoh. Dan bila anda telah menikah bermimpi demikian, bermakna akan memperoleh kemakmuran hidup. Mimpi melihat ular kecil dengan tiba-tiba berubah menjadi naga, bermakna akan ada orang besar yang menolong anda. Melihat ular berwarna-warni, bersirat kebahagiaan segera terbayang pada anda. Mimpi melihat ular yang banyak sekali, bermakna akan panjang umur. Mimpi dikelilingi banyak ular, bermakna firasat akan banyak orang yang memusuhi anda.

-------
Binatang Yang Merayap (Ular)

Reptil merupakan mimpi yang memiliki simbol tersulit, pasalnya jenis binatang ini memiliki bermacam arti dalam berbagai budaya. Secara garis bersar, binatang ini disimbolkan sebagai pembawa ketakutan, kebijaksanaan atau kedamaian. Pilihan ini diambil dari berbagai literatur sejarah dan cerita rakyat dari berbagai kebudayaan berbeda, demikian juga pengalaman pribadi turut berperan serta di dalamnya.

Dalam keadaan terjaga, ketakutan terhadap ular merupakan hal wajar. Untuk beberapa orang, ketakutan ini sangat mengganggu dan jadi phobia. Bahkan dalam berbagai foto, ular sering digambarkan sebagai ancaman yang menakutkan. Bagi orang-orang yang memiliki ketakutan pada ular, mengimpikan binatang ini pastilah jadi sebuah mimpi paling buruk.

Jika seseorang bermimpi sedang mengendalikan ular, siapapun yang menjinakannya obyek menakutkan ini, dilambangkan sebagai sumber kebijaksanaan dan pengontrol dalam dunia mimpi, bisa juga mewakili beberapa aspek dari diri sendiri atau orang lain yang mereka kenal.

Dalam beberapa budaya di Asia dan penduduk asli Amerika, ular merupakan lambang kebijaksanaan dan mungkin juga mempunyai unsur sihir atau jin. Ide tentang kebijaksanaan ini diambil dari kemampuan ular untuk berganti kulit dan memperbaiki diri. Jika seseorang bermimpi tentang ular, dilihat dari perspektif ini, dapat diartikan sedang memulai sesuatu yang baru, masalah yang terpecahkan dan secara umum merupakan kabar baik.

Kesimpulannya, bermimpi tentang ular dapat memiliki erti lebih mendalam. Semua tergantung pada emosi yang menyertai saat Anda mengimpikannya: Apakah rasa takut, hormat, atau berlawanan? Bagaimana reaksi Anda terhadap ular: Biasa, sangat takut atau sangat dekat? Apakah ular itu muncul dalam mimpi saat Anda sendiri atau sedang bersama orang lain? Apa yang Anda rasakan tentang orang lain yang bersama Anda itu?



Di sebelah kiri ada links tentang tafsir mimpi-mimpi yang lain,tapi ingatlah mimpi yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t,yang buruk pula datang dari syaitan.









p/s: kalau bertemu jodoh tu bagus jugak...hehe (^~^)

Wednesday, June 2, 2010

FoR GaZA

Kita hanya mampu berdoa..marilah berdoa untuk keselamatan penduduk gaza di bumi palestin dari kekejaman rejim Israel..













....AMIN.


Saturday, May 8, 2010

The Demon Fish

NAMA IKAN NI IKAN SYAITAN..gigi nya amat menakutkan....


River Monsters- The Demon Fish

River Monsters | MySpace Video

Thursday, May 6, 2010

ALIEN!!!!!!!!!!

BULAN LEPAS,aku cari info tentang UFO yang digembar-gemburkan di Malaysia.Sesetengah orang kata menda ni tipu helah dari orang-orang BARAT,tapi yang peliknya knapa ia muncul di seluruh dunia..??sampai di negara kita pun ada menunjukkan kesannya humm..UFO ni apa yang aku tau ianya adalah sebuah kapal induk yang terisi `sesuatu didalamnya` tapi bukan PILOT yang hensem,kacak dan bergaya seperti MODEL iklan shampoo OK??hehehehe namanya ALIEN..jadi apa dan bagaimanakah rupa yang megendali piring terbang yang beterbangan di langit secara misteri ini....


MARI SAKSIKAN













p/s : maaf jika gambar ini meloyakan bagi sesetengah orang..

Tuesday, April 27, 2010

OBJEK TERBANG YANG TIDAK DIKETAHUI(UFO)



Ufo atau nama sebenarnya 'unidentified flying object' sering kali diperdebatkan,ia juga berada di seluruh dunia termasuklah negara kita,MALAYSIA.
Banyak saksi yang melihat dengan mata sendiri akan mempercayainya,bahkan ada diantara mereka yang mempunyai bukti seperti gambar dan rakaman.


Penampakan UFO dilaporkan terjadi lagi di Malaysia baru-baru ini. Tepatnya di wilayah, Selangor, Klang, Malaysia.
Warga setempat mengaku tiga kali melihat penampakan benda tak dikenal itu.
Seperti diberitakan oleh Shin Chew Daily, Jumat 26 Maret 2010, warga di perumahan Taman Sri Andalas, Selangor, mengaku tiga kali melihat benda aneh di atas langit di sekitar lokasi perumahan.
Pada 16 Maret lalu, sejumlah warga setempat melihat UFO di awan Selangor. Berdasarkan keterangan salah seorang saksi, mereka melihat UFO itu memancarkan cahaya biru berbentuk lingkaran.
Benda itu terlihat memutar di atas langit selama beberapa lama. Keluarga Li, dari perumahan lain di Taman Wira, mengaku sebagai yang pertama kali melihat UFO itu.
Kemudian, klaim lain mula memberi keterangan yang mengaku melihat objek terbang itu selama tiga hari berturut-turut.
Ketika kabar itu mulai menyebar, sekitar 20 orang warga sekitar menyiapkan peralatan video untuk mengabadikan momen UFO.
Mereka sudah menunggu penampakan UFO itu sejak Rabu malam. Dilaporkan, objek terbang itu kerap muncul sekitar pukul 8 malam waktu setempat.
Li Kangwei (26) mengaku berhasil melihat UFO itu melalui teleskop. Dia menceritakan, benda itu memiliki bentuk seperti apa yang pernah ditayangkan dalam television.
Bentuknya pipih-oval seperti piring terbang berwarna biru. Ketika benda itu terbang rendah, warna cahaya yang dipancarkan berangsur-angsur berubah menjadi merah.
Dia juga sempat melihat benda itu memiliki kecepatan yang tinggi. Melebihi kecepatan pesawat terbang. "Selama tiga malam, benda tak dikenal itu terlihat sebanyak dua kali. Yakni saat mereka mengapung di udara, dan saat terbang menyilang," ujar saksi.

Wilayah Tanjung Sepat di Selangor dan Sungai Petani Kedah memanglah merupakan lokasi di Malaysia yang sering terjadi penampakan unidentified flying objects atau UFO. Gelombang besar UFO muncul di Malaysia tiap 10 tahun.
The Star memberitakan bahwa tercatat ada 140 kes UFO besar di Malaysia selama 30 tahun terakhir.
Penggiat UFO, Ahmad Jamaluddin yang melakukan penelitian mengenai fenomena itu sejak 1978 menyatakan, UFO sering terlihat di Malaysia terutama saat malam hari.
Dia menambah kenyataan beliau,gelombang UFO akan muncul setiap 10 tahun dan puncak penampakan terjadi pada tahun 2001 dahulu.

UFO di Kuala Lumpur


Keterangan Lanjut UFO di KUALA LUMPUR


UFO yang di lihat di J0H0R

Jadi,memang tidak diketahui umum adakah ianya kapal induk makhluk asing yang datang melawat atau perisik angkatan tentera negara lain,ini kerana tamadun mesir dan kaum mayan dikatakan telah melukis simbolik-simbolik pada dinding kediaman
mereka yang menandakan wujudnya OBJEK TERBANG YANG TAK DIKETAHUI ini pada masa dahulu lagi..☺

Thursday, April 22, 2010

HANTU TEMPAT AKU..

Asalamualaikum..

Semalam..semasa aku meninjau semula kad memori yang dah lama,berdebu dan kotor yang aku pakai agak-agak 5 tahun lepas..

Sedang leka tersenyum mengimbau gambar-gambar lama bersama kawan-kawan,ada satu gambar yang aku membuat aku agak menggila...." INI LAH DIAaaa!! "agak exited sebab..gambar yang aku tak sangka akan bertemu dengannya kembali
huhu..

Nak tau GAMBAR apa??Gambar yang membuatkan aku seriau satu badan dulu,akibat dari permainan meng'SNAP' gambar mengunakan kamera henset,pada hari khamis malam jumaat(kalau tak silap)....sepatutnya gambar member aku yang keluar tetapi dalam beberapa keping yang aku ambik tu,ada 1 keping menjadi sangat berbeza keadaannya..

CUBA LIHAT NI....~




AMACAM ??Adakah itu HANTU??huhu pada pemerhatian aku,gambar yang sepatutnya member aku tu,bertukar menjadi begini :-

a) Berpinggang Ramping
b) Fizikal Perempuan
c) Baju kelihatan seperti Baju Kurung
d) Lengan Baju Menjadi Panjang

Ini sememangnya pengajaran buat aku,sampai sekarang ia memang menghantui aku,jadi jangan mengambil gambar sesuka hati di kala malam tiba....hahaha,
tapi aku puas hati sebab dapat balik gambar ni. .apakah jenis hantu ini??PONTI ANAK REMAJA KOT ?? ☺

Tuesday, April 20, 2010

Makhluk Misteri

GEMPAR!! Makhluk misteri. .dirakam dijepun baru-baru ini,mirip seperti wajah manusia bewarna putih,dan muncul di laut..kelihatan amat menyeramkan (bagi saya)..












Tetapi jika difikirkan semula sudah boleh diterima akal.Laut yang diterokai oleh manusia hanya 30% sahaja,yang selebihnya kita tidak mengetahuinya lagi,jadi tidak hairan la makhluk-makhluk sebegini wujud di dunia ni..

Walaupun ianya hanya dibuat menggunakan teknik CGI sekalipun(bagi yang tidak mempercayai kewujudan makhluk-makhluk seperti ini),ingatlah di dunia ALLAH ini apa-apa pun boleh terjadi sekiranyanya telah tertulis,jadi buat apa nak meragui tentang makhluk-makhluk pelik seperti ini,dan ia juga dikira sebagai KEAJAIBAN dan KEBESARAN TUHAN..wallahualam~

p/s : Bebaru ni masa bejalan di satu tempat,terjumpa kayu yang agak unik,ianya seakan-akan NagA kan?huhu. .



..inilah yang dipanggil GOD MIRACLE =)

Sunday, April 18, 2010

Hargai Bumi Hijau

Salam,dah jarang aku buka dan tulis blog..atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan..

Hari ni saya nak berkongsi satu info yang boleh direnungkan bersama.Semalam saya terbaca satu artikel dimana saintis mengemukan kenaikan suhu bumi sebanyak 4 darjah celcius pada beberapa tahun mendatang..kiranya kenaikan suhu bumi akan meningkat,jesteru itu akan mengakibatkan ais di kutub semakin mencair dan bencana alam akan turut kerap berlaku akibat dari peningkatan suhu bumi ini.Gejala-gejala alam yang tidak perlu dinyatakan lagi. . . .




Ya manusia mengejar keagungan/kekayaan/kepentingan..dimana pada akhirnya akan memusnahkan diri mereka sendiri juga. .

Jadi sekarang manusia harus sedar dan berfikir secara drastik,memang kepuasan sangat penting..tetapi jika dikawal dengan menyeluruh ianya masih boleh diperbaiki,Secara peribadi sangat suka pada Kempen 'Save our World',

Saya cuma nak kata hargailah Flora dan fauna yang semakin bekurangan kian hari ni. .jangan menyesal di kemudian hari..





P/s : Pihak antarabangsa sedang giat menanam 'TUMBUHAN HIJAU' ☻
Black & White the colour for our Life ~ © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates