Wednesday, December 2, 2009

WAR BRING PEACE OR DISASTER FOR THE FUTURE

We want 'PEACE',your country,anyone country and my country are no deffrent,we want that word come true,we also want the same thing called 'JUSTICE',but war make revenge..when if revenge is called justice,then that justice breeds yet more revenge..and it becomes a chain of 'HATRED'.Living within it,aware of the past,predicting the future."Love breeds sacrifice which breeds hatred..then u can know what 'PAIN' mean"this is just like how the mankinds 'PAIN' reborn..When people get 'HURT',they learn to hate,when people hurt others,they become hated and are racked with gult..and how u make the decision it decide to u,you know 'PAIN',you think about it,and the answer is up tu u,im think right now PAIN & HATRED is everyway....so u agree with me??


Photo of

WHAT THE EFFECT,IF YOUNG KID LIKE THIS SEE THEIR FUTURE GROW UP WITH EXTREME WAR??

Wednesday, October 14, 2009

SUKAR MENDAPAT KERJA?INGIN MENCARI PELUANG PEKERJAAN?INILAH MASANYA!!

Bagi mereka yang ingin berkerja!! ini adalah peluang yang dinanti nantikan :

IKLAN JAWATAN KOSONG DARIPADA KERAJAAN MALAYSIA 

kELAYAKAN : 
1. SPM / SPMV / STAM
2. DIPLOMA DALAM APA-APA LAPANGAN (LEBIH BERPELUANG) 

KELEBIHAN:

1. Kerja di bawah kerajaan
2. Gaji pokok : RM1800
3. Elaun bulanan (Cola) : RM300
4. Elaun penginapan RM300
5. Uniform: RM450
6. Dobi RM200
7. Percuma kursus mempertahankan diri
8. Kenaikan pangkat secara lantikan dari ketua unit jawatan dan mengambil ujian khas. 
Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan dikehendaki membawa kad pengenalan diri serta gambar berukuran passport pada 31 December 2009 di Jabatan Pertahanan Awam.
Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (lengkap) serta perlu melaporkan diri 60 hari dari surat tawaran jawatan. SILA RUJUK LAMPIRAN DI BAWAH UNTUK JAWATAN-JAWATAN YANG DITAWARKAN : 

 JAWATAN - JAWATAN KOSONG YG BOLEH DIISI :
1. Power Rangers
2. X-Men
3. Ultraman
4. Sailormoon
5. Suria Perkasa Hitam  

Jawatan:
1. Power Rangers (Pakar Mengunakan Alatan Memasak & Mempunyai Lesen Memandu Lori Sahaja)
Photo of


2. X-Men (OKU Sahaja)

Photo of

3. Ultraman (Pemandu Ambulan/ Ahli Payung Terjun Sahaja)
Photo of


4. Sailormoon (Wanita Dandan Rambut Sahaja)
Photo of


5. Suria Perkasa Hitam (Orang Berkulit Hitam & Berpengalaman Menjadi Rempit Sahaja)  

Photo of

kahkahkah... selamat berkhidmat :D

Friday, October 9, 2009

Lelaki di Mata Perempuan?

Ni perangai kebanyakan prempuan yg aku tenung & lihat..tp bukan la semua..cmni,ni just sekadar PERANGAI jer huhu J0M KITA TENGOK..APA KATA PEREMPUAN KALAU....:-

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...
kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!
kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...
kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!
kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...
kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...
kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

Kalau lelaki tak handsome cam kita & sewaktu dengan kita ni slalu la kne camtu sedihnya . .lihat la dunia. .

Saturday, September 12, 2009

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan akhir sekali
redha~

Friday, September 11, 2009

CITER LAWAK JER..ENJOY IT ~

ORANG GILA
Alkisah ada orng gila yg mnyangka dirinya adalah jgung jadi dia takutttt btul ngn ayam. .krna takut btul stiap kali lihat ayam, dia psti lari trbirit2. .akhirnya, orng gila ini d masukn k rumah sakit jiwa. .
setaun. . .
dua taun. . .
tiga taun. . .
akhirnya dia d panggil oleh sang doktor. . .

"kmu sudah tau skarang kmu ini siapa?" kata si doktor. .

"sudah doktor," sahut si orng gila

"jadi kmu ini siapa?"

"sya orng, doktor."

"btul.?"

"iya doktor, sya orang. .bukn jagung."

"jadi kmu x tkot lgi ngn ayam kan?"

"tdk doktor. .Aq x takot lgi. ."

sang doktor pun anguk2kn kpla. . . Mnyngka bahwa si orng gila ini sudah waras. . .

"tpi doktor," si orang gila brkata," sya ada satu prtanyaan. ."

"apa itu? sahut sang doktor"

"ayam2 itu. . .tau x ya klau sya sudah brubah jadi orng.?" tanya si orng gila dngan muka khawatir. .


BILER 3 DRAKULA BERTEMU
Ada 3 drakula dari Inggris, mexico dn Indonesia sdang brtemu untk mncoba khebatn masing2. .Smbil brcakap2 d sbuah bukit. .

mreka mulai sombng mnyombong untk mmbuktikn khebatan masing2. .Drakula Inggris brcakp kpda 2 drakula yg len. . .
Aq prgi skjap, tunggu ya. . .
Spuluh minit kmudian drakula itu kmbali dngan mulut yg penuh dngn darah Sambil tertawa-tawa hakhakhak. .dia brtanya kpda 2 drakula yg brada d smpingnya:

Korng ada nmpk x kmpung d sbelah kiri bukit tu.?

yaa. .yaaa. . .Kami tngok Jawab 2 drakula itu. . .

Dngan bngga Drakula Inggris brkata. . .
Dlm waktu spuluh minit, sparuh pnduduk kmpung itu sudah aq hisap darahya hakhakhak. .

Drakula mexico pun x mau kalah, dia cpat2 trbang dan 5 minit kmudian dia sudah kmbali dngan mulut yg pnuh dngn darah. . .Dia brtanya pda 2 drakula yg ada kat sblahnya;

Korng ada nmpk x kmpung sbelah kanan bukit nie.?

Yaaa. .yaaa. . .Kmi nmpk, Jawab 2 drakula tu. .Dn dngn bngga dia pun brkata. .

Dlm waktu 5 minit, sparuh pnduduknya sudah aq hisap darahnya hakhakhak. . .

Drakula Indonesia pun x mau kalah dn dngan cpt dia trbang. .

Satu minit kmudian dia pun kembali dngan mulut yg pnuh dngn darah jga. . .2 drakula yg ada d sblahnya sangat kagum pda Drakula Indonesia itu. .Drakula Indonesia itu kmudian brtanya pda 2 drakula itu:

Korng tngok x tiang bndera di dpan tu.?

Yaa. . .Yaaa. . .kmi tngok Jawab 2 drakula itu. . .

Sayang btul aq x tngok. . .Aq baru saja mlanggrnya. . .kata Drakula Indonesia itu smbil mrintih-rintih. .


SI PRESIDEN
Suatu hari sorang presiden sbuah ngara pergi mlihat pameran lukisan2. . .Krna saat itu bliau mngalami sakit mata dn pnglihatannya kabur, maka dia mngajak satu pngawalnya untuk mnjaganya. . . .

Presiden: "Wah, lukisan ini bagus skali. .Gambar ikannya btul2 hidup."

Pngawal: "Sshttt. . .Jangan cakp kuat2 tuan. .Itu gambar buaya."
Kmudian mreka brpindah k lukisan yg len. . . .

Presiden: "Gambar Gajah ini btul2 gagah sprti pahlawan."

Pngawal: "Sshttt. . .Cakap pelan2 tuan. .Itu gambar badak."

Presiden itu kmudian mnahan diri mmberi komen smpai ia tiba pda satu dinding ruang pameran dia brseru: "Wah, buruk btul Lukisan Gorilanya tpi sperti asli skali aq mlihatnya."

Pngawalnya pun lngsung trtegun dan brkata: "Sssst. . .Jangan kuat sngt tuan brcakap. .Itu gambar tuan sendiri!"

Thursday, September 3, 2009

KHASIAT DALAM SEBIJI EPAL

SEBIJI epal yang dimakan setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat dan mengurangkan kolesterol dalam badan. Malah sebiji epal setiap hari cukup untuk menjauhkan diri daripada doktor.
Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jus yang mengandungi phytonutrient boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.
Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria dalam usus.
Kandungan asid butrik juga merupakan sumber makanan sel usus yang dapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus.
Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian.
Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.
Malah kajian yang dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampu mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi.
Bukan itu sahaja, di Jepun, penyelidik mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian.

Photo of green apple


Ps: Pas ni takyah la kedekut duit nak minum jus epal kat kedai,hakhakhak. . .!

Monday, August 3, 2009

Tentang FLU dan H1N1 Yang Perlu Anda Tahu

Perkara Tentang H1N1 Yang Perlu Anda Tahu -
1.Apakah yang anda perlu tahu berkaitan dengan jangkitan pernafasan?
Terdapat beberapa jenis jangkitan pernafasan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat iaitu
* Seasonal Flu / selesema bermusim/ influenza like illness (ILI)
1. Disebabkan oleh pelbagai jenis virus influenza yang telah sedia ada di dalam persekitaran
2. Gejala utama adalah demam dan batuk atau sakit tekak serta hidung berair, hidung tersumbat, sakit otot, sakit kepala, menggigil (chills) dan keletihan. Gejala-gejala ini juga dikenali sebagai gejala influenza-like-illness (ILI)
3. Kebiasaanya jangkitan ini sembuh dengan sendiri dalam tempoh dua minggu dan pesakit akan memperolehi imuniti terhadap jangkitan ini
4. Jangkitan ini adalah lebih berbahaya jika ia berlaku dalam kalangan inidividu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain seperti asthma, diabetes, penyakit paru-paru kronik, obesiti dan kegagalan organ.
* Common Cold
1. Disebabkan oleh berbagai jenis virus
2. Gejala utama adalah hidung tersumbat/hidung berair/bersin/sakit tekak/gatal tekak/batuk dan pesakit mungkin mengalami demam
3. Gejala ini lebih ringan daripada seasonal flu dan biasanya pesakit sembuh dalam masa 3-10 hari
* Pharyngitis / radang tekak
1. Kebiasaannya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di bahagian tekak
2. Gejala utama adalah sakit tekak dan demam
3. Kebiasaannya ia memerlukan rawatan antibiotik dan rawatan simptomatik seperti ubat demam/sakit tekak dan sebagainya
* Pneumonia/ jangkitan paru-paru
1. Kebiasaanya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di dalam paru-paru
2. Gejala utama adalah demam/batuk berkahak/sukar bernafas
3. Pesakit perlu mendapat rawatan di hospital
2.Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?
Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).
Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan manusia.
Lagi...
3.Kenapa virus baru H1N1 ini sering dikaitkan dengan "swine flu" (selesema babi)?
Virus ini dikenali sebagai selesema babi (swine flu) kerana berdasarkan ujian awal makmal ia menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi yang berasal dari Amerika Utara.
Walau bagaimanapun kajian terperinci menunjukkan bahawa ia adalah sejenis virus baru yang berbeza dengan virus selesema babi sedia ada.
4.Negara mana yang dilanda penyakit ini?
Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain.
Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk laman web http://www.who.int/en
5.Apakah gejala virus ini?
Gejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim (influenza-like-illness) termasuk demam; batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.
6.Bagaimana kita boleh dijangkiti?
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.
Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.
7. Bolehkah saya dijangkiti virus H1N1 apabila memakan atau menyediakan babi?
Tidak. Virus H1N1 tidak berjangkit melalui makanan. Individu yang memakan babi atau produk babi tidak boleh dijangkiti oleh virus HIN1. Daging atau produk babi yang dikendalikan dan dimasak dengan betul (160°F/70°C) adalah selamat untuk dimakan.
8. Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki dijangkiti penyakit ini?
Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema:
* Anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja, sekolah atau tempat sesak
* Berehat dan meminum banyak air
* Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema dan, jika menggunakan tisu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Bersihkan tangan segera dengan sabun dan air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan alkohol
* Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan dengan lengan dan siku anda
* Gunakan mask bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di sekeliling anda. Pastikan anda memakai mask dengan cara yang betul
* Maklumkan keluarga dan rakan mengenai masalah kesihatan yang anda alami dan elakkan berhubung rapat dengan orang lain
* Seboleh-bolehnya, hubungi pihak kesihatan sebelum ke kemudahan kesihatan bagi membincangkan samada pemeriksaan kesihatan diperlukan
* Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan
9. Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?
Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini terutamanya semasa demam
Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.

Huhu bacalah artikel ini lau nak tau serba sedikit..tentang wabak 'PiGFLU' ni.

Thursday, July 30, 2009

TRY TRY ANTAR KOMIK KE PERADUAN BAKAT BARU!!

Dalam tengah syok membaca strip LAWAK KAMPUS dalam komik GEMPAK aku ternampak satu B0RANG peraduan dimana pemenangnya bakal mendapat hadiah berjumlah rm3500 dan biasiswa alfa kolej rm2600 serta hadiahx2 lain..'WAHH!!..banyakNYER lau menang sedap nih'!!! Itu jer yg leh aku kate pada masa tu..Dalam 10 hari sbelum tarikh tamat peraduan pada 31.7.2009 aku mencari smua alatan untuk melukis dan memikirkan plot citer yg boleh diceritakan dalam komik yg aku nk buat nanti,terpaksa menayakan member aku..jikalau dia ada idea yg boleh dipakai atau tak,huh..memang bnyak kerja yang penat-penat,dah la DEADLINE dlm masa 10 hari lagi. .smpailah hari terakhir aku ingin menghantar karyaku yang dah siap mengunakan p0s laju Malaysia pos expreSS(aku risau je lau x sampai atau sampai lambat)arap- arap apa yg ditulis di depan muka p0s express'DIJAMIN SAMPAI ESOK' dan apa yang dikatakan 'esok pasti sampai dik' oleh makcik kounter kat aku tu arap benar-benar berlaku.
ANTARA HASIL LUKISAN KU
karya ku

NI LAGI SATU AKU TUNJUK..
karya ku

p/s:.lau dapat saguhati pun dalam pertandingan ni aku dah puas koz atrwork ni aku buat dalam masa yg dah suntuk. .:)

Wednesday, July 29, 2009

Misteri kewujudan NAGA


Photo of dragon

Naga..perkataan yang masih disebut dan diperkatakan sehingga sekarang,secara saintifiknya ia tidak pernah ditemui,tetapi secara mitosnya ia seperti pernah wujud satu ketika dulu..dan dikatakan masih ada sehingga hari ini..begitu lah kisah yang aku terbaca bebaru ni.Tasik Chini,tasik kedua terbesar di Malaysia juga terkenal dengan mitos naganya yang tersendiri.Penduduk asli disitu memang mempercayai kewujudan naga di tasik itu,meskipun tidak pernah menemuinya..Namun seperti kata Tok Batin Kampung Tanjong Puput, Bahrain Sunta, 54, dia tidak pernah melihat dengan matanya sendiri kelibat sang naga yang disebut-sebut itu. Yang dia tahu, ada yang memanggil haiwan itu Seri Gumum, Seri Pahang, Seri Pekan atau Seri Daik.
Bagaimanapun, katanya, tidak menyaksikannya sendiri bukan bermakna dia tidak mempercayai legenda itu.
"Saya memang tak pernah jumpa (naga). Tetapi saya percaya ia wujud. Kalau disebut naga, itu betul, harus percaya walaupun tidak melihatnya dengan mata sendiri.
"Anak saya pernah ternampak seekor naga pada tahun 2000. Katanya dia tengok badan dan kepalanya.
"Empat tahun kemudian, seorang anak kecil nampak naga itu meluru dengan muncungnya menghala ke arahnya. Apabila anak itu menjerit, kelibat makhluk itu terus hilang.
"Budak itu ceritakan kepada kami tentang mukanya yang sebesar kepala lembu. Menakutkan! Anak itu trauma sampai demam," kenang Bahrain.
Cerita penemuan terbaru, katanya, datang daripada seorang lelaki Eropah bernama Christos yang memancing di Tasik Chini, bulan lalu. "Dia juga jumpa naga itu. Dia gambarkan naga itu seperti ular sebesar tayar motosikal," tambah Tok Batin ini.
Malah sebelum itu, ketua keluarga di Tanjong Puput ini sudah banyak kali menyaksikan penduduk kampung lari lintang-pukang kononnya ternampak makhluk misteri itu.
Mengakui mendengar kisah itu daripada nenek moyangnya melalui penceritaan dari mulut ke mulut, Bahrain turut menggunakan pendekatan yang sama terhadap anak-anaknya.
"Ia diperturunkan sebagai satu sejarah.Tujuannya ialah supaya anak-anak berhati-hati ketika menghampiri air," ujar bapa kepada 12 orang anak yang berumur antara 10 hingga 30 tahun ini.
ahrain tidak pula menganggap mereka yang mendakwa pernah melihat naga itu sebagai memiliki kelebihan atau keistimewaan.
"Sudah nasib mereka untuk jumpa naga itu. Saya percaya ada orang tertentu saja yang boleh nampak, bukan semua orang.Tetapi mereka tidak ada kelebihan apa-apa berbanding orang lain," kata Bahrain.


Photo of

~
Photo of

Friday, July 24, 2009

PERCAYA ATAU TAK SELSEMA PIG(H1N1) NI SEBENARNYA. . . .

SELSEMA BABI ANGKARA ZIONIS


Tak lama lagi, penawar Selsema Babi akan beredar di seluruh dunia. Dulu Selsema Burung, kini Selsema Babi. Pengarah filem blockbuster ini akan terus mainkan peranannya. Pelakon utama akan terus beraksi. Penawar Selsema Babi diumumkan oleh Barack Obama sebagai Tamiflu. Dari mana datangnya Tamiflu ini? Ia dikeluarkan oleh sebuah syarikat yang dimiliki oleh zionis yahudi, yang mana salah seorang pemegang saham terbesar ialah Donald Rumsfeld, bekas Setiausaha Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Menarik bukan? Filem Blockbuster antarabangsa ini ditayangkan secara percuma di rangkaian media antarabangsa. Itulah konspirasi antarabangsa zionis untuk mengawal dunia sekaligus mengaut keuntungan atas kesengsaraan penduduk dunia. Rumsfeld merupakan ahli aktif dan orang berpengaruh dalam Syarikat Gilead Science(salah seorang Lembaga Pengarahnya), pengeluar utama vaksin Tamiflu, penawar kepada selsema babi yang kemudiannya dikenali sebagai H1N1 ataupun Influenza A.
Kita harus mengetahui bahawa Gilead Sciences merupakan syarikat milik Zionis Yahudi. Gilead itu sendiri bahasa Hebrew yang membawa makna,"Tempat Suci" (Holy Place).
Dr. Ali-Reza Mehrabi, Shaid Beheshti University mendakwa bahawa Rumsfeld telah membeli saham baru syarikat Gilead Sciences pada tahun lalu dengan nilai US18 billion dolar.
Katanya lagi, "Kalau kita terima tanggapan bahawa kerja-kerja yang dikendalikan di Makmal di Mexico, sama ada di ladang ternakan babi atau tempat lain, adalah menjadi fakta bahawa penyakit itu tersebar sama ada kerana kesilapan manusia, menunjukkan bahawa memang Amerika Syarikat sedang menjalankan eksperimen di negara pinggiran(Mexico), sebagai ganti negaranya sendiri. Dalam kes ini(selsema babi), Amerika Syarikat mungkin hilang kawalan (terhadap penyebaran virus itu)."
...................................................
Percaya ? Terpulang kepada anda...Pendedahan ini dibuat oleh Dr. Ali-Reza Mehrabi ketika ditemuramah oleh Iranian TV yang disiarkan ke udara pada 6Mei 2009 lalu.

*TANDA TANDA A(H1N1)
Photo of


(ps:/artikel ini di C0PY PASTE dari laman web ibnuabbas.wordpress.com
. .saja nk bagi korg tau gak,nk tau pendapat korang. . .tentang DRAMA PEMENTASAN MANUSIA. .yg tak diketahui mana yang betul dan mana yang tak)

Wednesday, July 1, 2009

BOSAN

B0SAN!!B0SAN!!B0SAN!!Ah ari yang tul-tul BOSAN!!. .ditambah dengan bengkek dan lahabau yg tak sabar-sabar. .ingin betemu mende baru(N0kIA 5730)
NOKIA 5730
. .W.T.F..!!Selamat la,bebaru ni ada karnival tempat aku,aku tak exited pun mendengar nye. .B'c0z karnival kt tmpat aku BOSAN cam tak da menda je,cam tak da satu pun leh buat aku rasa teruja kt situ..BOSAN hm lau aku jd org yg meganjurkn karnival tu,aku nak buat ptunjukan model ke,teater ke,wayang kulit ke..kulit wayang ke,ape ke yg unik skit bru la dap,dap nak mendengar dan menengok!!Neh asik-asik tiap tahun petandingan karaoke je bintang kecil,bintang besar..atoi na. ..save bajet kot??..takda perubahan langsung.Takpe-takpe,aku nk tgk ari akhir karnival jumaat nih dap ke tak..takut BOSAN tahap gaban gak..memang mengeciwakan!!Tapi mungkin aku je yg rasa BOSAN kot?ntahla..hum. .koz kepala otak aku ni plik skit,bpusing terbalik dari org lain,tapi memg tak dap pun HAHAHA..minggu ni tah bpe ari dah pkataan BOSAN muncul.Kuar lepak BOSAN,duk umah BOSAN!!..WARGGGh!!!Apa benda nk jd pada aku nih?Apa yg aku nk buat ni?..tetiba otak aku teringat~bak kata bijak pandai'SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN'..Ohh. .betul ke separuh??aku ulang ek..SEPARUH??Uhhh!!.. banyak tu,lau gitu susah la nk jd penyabar ni..sebab SEPARUH dari iman,bukan suku dari iman.Takkan SmUe org kt MALAYSIA ni penyabar??..HAHAHA tak logik tu..Akak aku org malaysia..gak tapi, kureng kesabaran slalu naik angin(arap-arap kepala dia meletup suatu ari nanti)TAPI AKU PENYABAR ORG NYER,TAPI..cepat BOSAN gak orgnye dgn menda-menda yg tak sedap..huuu~ Jadi nk buat ayat cmner?cmni bleh. .~ BAK KATA ORANG cepat BOSAN 'BUATLAH KELAINAN UNTUK PERUBAHAN'.. Hahaha cam tak kene je..ayat tu..hahahaha

P/s :Nah aku tunjuk bnyak-bnyak. .perkataan yg membelenggu diriku. .


BOSANBOSANBOSANBOSANBOSANBOSANBOSANBOSANBOSANBOSANb0saN,b0saN,b0saN,b0saN,b0saN,b0saN,b0saN,b0saN,b0saN,b0saN,b0saN,b0saN,b0saN,b0saN,b0saN,b0saN,b0saN,b0saN,b0saN,b0saN,b0saN,b0saN,b0saN,b0saN,b0saN,b0saN,b0saN,b0saN,b0saN,b0saN,b0saN,BOSANBOSANBOSANBOSANBOSANBOSANBOSANBOSANBOSANBOSANBOSANBOSAN,!!!!

Tuesday, June 30, 2009

~KEHIDUPAN ~

Idup ni kenkadang cam tak best,
Bosan dan rasa sepi dan pling teruk SIAL,
Idup ni kengkadang cam best,
Puas hati dapat apa yg diinginkan,
Dengki pada kawan dan teman sendiri,
Tekanan tak dapat apa yg diharapkan,
Kengkadang aku rasa cmtu gak,
Smua org aku tau rasa cam tu gak,
Kerana kita ada perasaan,
Perasaan ingin dan tak ingin,

Perasaan cinta dan perasaan kasih sayang,
Dendam yg tak senaja terus belarutan,
Tak kisah,
Sekali skala atau ari-ari selalu terjadi,
Tapi dendam menimbulkan kebencian,
Kebencian yg meghancurkn harapan,
Memahami antara satu sama lain susah untuk dikecapi,
Cuba untuk memahami tapi tak diendahkan,
Terpaksa,dipaksa dan memaksa,
Susah tuk menolak keinginan org lain,
Buntu tak da arah tujuan,
Berusaha....tp msih terkapai-kapai,
Displin kan diri tp tetap tak baik-baik,
Tak boleh tahan GODAAN,
Ada kuasa dan menunjukkan kuasa,
Keinginan untuk menjadi yg terbaik di antara terbaik,
Dihargai memang rasa yg paling diingini,
Kehidupan yg kian susah diharungi,
Untuk berjuang demi diri sendiri..~SeNGsARa DeRitA~
Black & White the colour for our Life ~ © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates